fbpx
Anggota bomba ketika melakukan kerja pemadaman kebakaran papan tanda harga sebuah stesen minyak, malam tadi.

Papan tanda harga stesen minyak terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah papan tanda harga di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Seremban musnah dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.57 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan papan tanda harga di sebuah stesen minyak.

“Anggaran kemusnahan adalah 100 peratus dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi berjaya dikawal pada pukul 10.22 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN