SEREMBAN – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 tidak menyentuh isu agama, kaum dan institusi Diraja atau 3R.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, mereka berpegang kepada prinsip mempertahankan institusi Diraja dan menyambut baik peringatan Istana Negeri Sembilan
“Alhamdulillah, kempen yang kita jalankan tidak menyentuh perkara itu, mungkin di pihak lain. Kami berpegang bahawa institusi Diraja mesti dipertahankan dan dalam konteks Negeri Sembilan, institusi Undang Yang Empat harus dipertahankan serta dihormati.
“Untuk itu, saya ingin mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak perlu menyentuh perkara berkenaan. Ia adalah satu peringatan yang baik,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan 2026 di Bandar Sri Sendayan, hari ini.
Ahmad turut memberitahu, dakwaan kononnya berlaku pergaduhan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) juga adalah tidak tepat kerana kedua-dua pihak masih bergerak atas dasar persefahaman.
“Tidak tepat direalisasikan kononnya kami telah bergaduh. Kami ingin nyatakan bahawa tidak ada sebarang pergaduhan. Perbezaan pendapat pun tidak, kami bergerak seiring atas nama persefahaman.
“Kenyataan dibuat menteri besar itu pun telah saya sanggah, mungkin apa yang dinyatakan sesuai dinegerinya tetapi tidak di Negeri Sembilan,” katanya mengulas dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN dan PN sedang berdepan pergolakan. – KOSMO! ONLINE














