fbpx
Fahmi (dua dari kanan) dan Aqilah (tiga dari kanan) menerima Anugerah Tokoh Wartawan Antirasuah MCW 2026 di USIM, Nilai baru-baru ini. Foto MCW

Media benteng ketelusan, enam wartawan terima pengiktirafan MCW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengiktiraf peranan media sebagai benteng utama dalam memperkukuh integriti, meningkatkan ketelusan dan membentuk masyarakat yang berani menolak amalan rasuah.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, kewartawanan yang beretika serta berani merupakan antara benteng utama dalam memastikan salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan terus mendapat perhatian masyarakat.

Menurut beliau, wartawan yang melaporkan isu rasuah berdepan pelbagai cabaran termasuk kekangan mendapatkan maklumat, risiko tekanan serta tanggungjawab memastikan setiap laporan disokong fakta yang tepat.

“Media yang bebas, profesional dan berintegriti adalah benteng ketelusan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar lebih banyak program latihan dan pembangunan profesional diperkenalkan dalam bidang kewartawanan penyiasatan, khususnya berkaitan pelaporan rasuah, analisis dokumen, perlindungan sumber maklumat serta pemahaman terhadap undang-undang.

Katanya, kerjasama erat antara media, masyarakat sivil dan agensi penguat kuasa mampu memperkukuh budaya integriti sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap usaha membanteras rasuah. 

Pengiktirafan itu dizahirkan menerusi penyampaian Anugerah Tokoh Wartawan Antirasuah MCW 2026 kepada enam pengamal media sempena Mesyuarat Agung Tritahunan Kali Keempat (MATT4) 2026 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai pada Sabtu lalu.

Antara penerima anugerah berkenaan ialah Mohd. Fahmi Ismail dari Kosmo! dan Aqilah Mior Kamarulbaid (Utusan Malaysia). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN