fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh netizen di laman Threads.

[VIDEO] Ramai bengang penjual berniaga guna sistem ‘infak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga makanan yang menggunakan sistem infak ketika berniaga secara siaran langsung di TikTok mengundang kecaman netizen yang menyifatkan kaedah tersebut sebagai cubaan meraih simpati penonton.

Rakaman siaran langsung peniaga itu yang dikongsikan semula di Threads memaparkan sistem yang digunakan ialah orang ramai mesti membuat bayaran ‘infak’ terlebih dahulu untuk pelanggan lain yang sedang menunggu, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Seorang pengguna Threads, @Ninamandoza, menyifatkan tindakan menggunakan imej agama bagi melariskan jualan sebagai sesuatu yang tidak wajar.

“Jagalah imej sedikit. Jangan menunggang agama untuk berniaga. Buang sahaja imej lebai itu jika hanya mahu melariskan jualan,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @Neknaaaa22, turut mendakwa layanan peniaga itu terhadap pelanggan ketika bersiaran langsung kurang menyenangkan sehingga menyebabkan semakin ramai enggan membeli di gerainya.

“Saya geram melihat cara dia menjawab pertanyaan orang ramai di siaran langsung TikTok. Alhamdulillah, sekarang semakin ramai orang sedar dan tidak lagi ‘menginfakkan’ untuknya,” ujarnya.

Sementara itu, pengguna @Hilmi_azizi mendakwa konsep tersebut menyebabkan penonton berasa kasihan melihat pelanggan, termasuk kanak-kanak, beratur di bawah cuaca panas sebelum membuat bayaran bagi pihak mereka.

“Orang ramai beratur di bawah panas dengan budak sekolah sekali. Penonton kasihan lalu membayar makanan untuk mereka. Kalau benar hendak berinfak, buatlah sendiri,” katanya.

Malah, individu yang memuat naik rakaman siaran langsung itu, @Haishh turut mendakwa pelanggan sengaja dibiarkan beratur bagi meraih simpati penonton.

“Itulah sebenarnya rancangan dia. Dia mahu orang beratur supaya penonton berasa kasihan dan membayar makanan untuk mereka yang sedang menunggu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN