fbpx
Lokasi penempatan etnik Rohingya di Kuala Muda, Penaga terletak berhampiran kawasan pantai.

Proses pindah Rohingya Penaga dibuat secara sukarela – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan proses perpindahan 121 etnik  Rohingya yang tinggal di penempatan sementara, bekas tapak tsunami di Penaga, Kuala Muda, di sini dilakukan secara sukarela.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, kesemua mereka dibawa ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, perpindahan itu berlaku susulan persaingan ekonomi dan isu penempatan berikutan pertambahan warga Rohingya di kawasan berkenaan.

“Perpindahan ini disebabkan berlakunya persaingan perekonomian dan kawasan penempatan berikutan pertambahan warga Rohingya di kawasan berkenaan.

“Proses perpindahan ini dilakukan secara sukarela oleh warga Rohingya sendiri yang dibantu dan diselaraskan oleh Jabatan Persekutuan (Jabatan Perpaduan), kerajaan negeri, MKN, wakil penduduk tempatan dan wakil warga Rohingya.

“Proses itu dipantau dan diselaraskan oleh pihak PDRM dalam menjamin keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai diminta supaya tidak mensensasikan isu berkenaan sehingga boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN