fbpx
MOHAMAD beramah mesra dengan orang ramai ketika menghadiri Program Ramah Mesra Sepak Penalti Tertutup Anjuran Pemuda Rantau di Bandar Ekar, Seremban hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

PRN N. Sembilan: Pengundi bukan Melayu usah gusar, BN masih dominan – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pengundi bukan Melayu diminta tidak terpengaruh dengan dakwaan kononnya persefahaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan mengubah hala tuju pentadbiran negeri.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persefahaman itu tidak perlu dibimbangi kerana BN kekal sebagai pihak yang dominan.

Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau berkata, situasi itu boleh diibaratkan seperti sebuah syarikat yang masih dikawal pemegang saham majoriti.

“Di peringkat BN, kita macam sebuah syarikat. BN menguasai kira-kira 75 hingga 80 peratus, manakala PN sekitar 20 peratus sahaja.

“Jadi jangan risau kerana pemegang saham majoriti masih BN. Kita bertanding 25 kerusi, Pas lima kerusi, enam kerusi Wawasan. Itupun empat kerusi diberikan kepada komponen bukan Melayu.

“Tidak ada keperluan untuk berasa gusar. Ini cuma momokan dan propaganda pihak sebelah yang cuba memainkan isu persefahaman BN-PN,” katanya pada Program Ramah Mesra Sepak Penalti Tertutup Anjuran Pemuda Rantau di Bandar Ekar, di sini hari ini.

Mengulas kempen PRN yang memasuki hari kelapan, Mohamad berkata, penerimaan pengundi terhadap BN setakat ini amat memberangsangkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN