fbpx
ORANG ramai melihat selepas penunjuk perasaan menyerbu Muzium Memorial Bangabandhu yang merupakan kediaman Sheikh Mujibur Rahman iaitu presiden pertama Bangladesh dan bapa kepada Sheikh Hasina di Dhanmondi 32, Dhaka pada 6 Februari 2025.-- AFP

Bangladesh rampas aset bekas PM lebih RM25 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DHAKA – Bangladesh merampas aset bernilai 760 bilion taka (RM25.2  bilion)  yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Sheikh Hasina, keluarganya dan 10 kumpulan perniagaan, kata pihak berkuasa semalam.

Sejak Hasina digulingkan dalam pemberontakan rakyat  pada  2024 dan melarikan diri ke India, pihak berkuasa menyiasat kekayaan bekas perdana menteri itu dan meneliti saudara-maranya serta kumpulan perniagaan utama yang dituduh mendapat manfaat semasa pemerintahan kuku besinya selama 15 tahun.

Unit Perisikan Kewangan Bangladesh berkata, pihaknya merampas aset bernilai 570 bilion taka (RM18.9 bilion)  di Bangladesh dan 190 bilion taka (RM6. 3bilion)  lagi di luar negara.

Ketua agensi itu, Ikhtiar Mohammad Mamun memberitahu pemberita semasa membentangkan ringkasan tahunan aktivitinya bahawa pihak berkuasa telah membuka 98 kertas siasatan sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas Hasina dan mereka yang dikaitkan dengannya.

Kami masih berusaha untuk mendapatkan kembali wang yang dilarikan ke luar negara.

“Kami berharap dapat berkongsi perkembangan positif menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Sejak digulingkan, Hasina telah disabitkan tanpa hadir dalam beberapa kes, termasuk kes rasuah yang dikaitkan dengan peruntukan plot tanah di Dhaka.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman mati ke atas dirinya berhubung jenayahkemanusiaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN