fbpx
Penduduk membuat aduan mengenai bau busuk yang menyelubungi Taman Nada Alam, Nilai baru-baru ini.

‘Siapa duduk rumah, dia paling terseksa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Sekumpulan penduduk sudah naik muak apabila aduan mengenai bau busuk daripada sisa tinja sebuah ladang yang menyelubungi kawasan Taman Nada Alam di sini sejak beberapa tahun lalu masih gagal diatasi oleh pihak berkuasa.

Bau busuk itu semakin meloyakan sejak tiga minggu lalu hingga menyebabkan mereka pening kepala dan mengganggu aktiviti rutin harian mereka.

Mantan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Nada Alam 5, M. Kalaivanan, 40, berkata, masalah itu telah wujud sejak dia tinggal di situ pada Disember 2019 dan ia melibatkan sebanyak 297 buah rumah.

Katanya, aduan dan lawatan pihak berkaitan telah dilakukan tetapi gagal menyelesaikan punca sebenar kerana bau itu masih ada terutama pada waktu petang dan selepas hujan.

“Pihak ladang ada terima amaran tetapi tiada perubahan. Penduduk tidak dapat buka pintu dan tingkap untuk elak bau busuk,” katanya.

Alif Adha Mohd. Kamal, 40, pula berkata, aktiviti joging, berbual dengan jiran atau berjalan aki ke masjid turut terganggu.

“Majlis kenduri tidak selesa walaupun kawasan taman bersih dan teratur. Mereka kata bacaan alat pemantauan pada tahap dibenarkan tetapi kami yang derita terpaksa hidu bau busuk setiap hari,” katanya.

Suri rumah, Syahidatul Nadiah Sabarman, 33, berkata, dia tertekan kerana menghidu bau busuk sepanjang masa.

“Bila nak buka pintu untuk udara segar, terpaksa tutup semula kerana bau terlalu kuat.

“Macam saya duduk di rumah sepanjang hari memang memberi tekanan. Ada masa sampai pening kepala dan rasa loya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN