fbpx
PETUGAS kecemasan dan sukarelawan bekerja di lokasi tanah runtuh akibat hujan lebat di Kem Pelarian Kutupalong, daerah Cox’s Bazar, 8 Julai lalu. – AFP

15 Rohingya maut, tanah runtuh timbus kem pelarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DHAKA – Banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan monsun mengorbankan  sekurang-kurangnya 50 orang di Bangladesh minggu lalu, kata beberapa pegawai semalam, dengan berpuluh-puluh ribu penduduk berpindah.

Seramai 50 orang  meninggal dunia di daerah paling teruk terjejas, Chattogram  termasuk 29 orang mati tertimbus akibat tanah runtuh, kata pesuruhjaya tempatan, Mohammed Ziauddin kepada AFP melalui telefon.

“Dua orang masih hilang,” katanya.

Kira-kira 35,000 penduduk terpaksa berlindung di pusat-pusat penempatan sementara.

Pihak berkuasa membuka kira-kira 4,000 tempat perlindungan untuk penduduk yang dipindahkan, namun kekurangan makanan dan air minuman selamat memburukkan lagi krisis itu.

Ramai mangsa banjir dalam keadaan terdesak selepas rumah dan dapur mereka ditenggelami  banjir.

Minggu lalu, hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di sebuah kem pelarian Rohingya di bandar Cox’s Bazar, mengakibatkan 15 orang terkorban.

Lebih 1.2 juta pelarian tinggal di kem-kem penuh sesak di lereng bukit,  menjadikan tanah tidak stabil semasa musim hujan monsun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN