fbpx
GAMBAR fail menunjukkan kapal kontena GFS Galaxy. – AGENSI

Kapal kontena terbakar diserang di Selat Hormuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUSCAT – Muscat menyelamatkan 23 kru sebuah kapal kontena semalam,  manakala seorang lagi hilang selepas vesel itu diserang di luar pantai timur Oman.

“23 anak kapal diselamatkan dan diberikan rawatan perubatan. Operasi mencari diteruskan untuk seorang kru yang masih hilang,” kata Pusat Keselamatan Maritim Oman dalam satu kenyataan.

Agensi itu bertindak selepas menerima panggilan kecemasan daripada kapal kontena  mengibarkan bendera Cyprus, GFS Galaxy kira-kira 8.1 kilometer di luar pantai Wilayah Musandam.

Panggilan kecemasan diterima selepas GFS Galaxy diserang semasa tentera Amerika Syarikat(AS)  dan Iran berbalas tembakan terkini.

Markas Pusat Perintah AS berkata,  kapal itu terbakar dan mengalami kerosakan pada bilik enjinnya, manakala  Iran dituduh melancarkan serangan tersebut.

Terdahulu, Kementerian Luar India berkata, 10 daripada 11 warga India di atas kapal itu telah diselamatkan dan seorang masih hilang.

Serangan berlaku semasa Tehran mengumumkan menutup Selat Hormuz dan melancarkan peluru berpandu serta dron menyasarkan negara-negara Teluk sebagai membalas serangan terbaharu AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN