PUGH berenang merentasi Selat Hormuz, di luar pesisir Semenanjung Musandam, antara 15 hingga 18 November 2026. - AFP

Lelaki berenang 3 hari lintas Selat Hormuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUSCAT – Seorang perenang jarak jauh warga Britain menamatkan renangan selama tiga hari merentasi Selat Hormuz dalam misi mengetengahkan kesan kemusnahan alam sekitar akibat perang Iran, lapor akhbar The Guardian.

Lewis Pugh  berenang sejauh 15 kilometer menyusuri laluan air strategik yang menjadi nadi utama penghantaran minyak dari Asia Barat itu.

Menurut Yayasan Lewis Pugh, sepanjang ekspedisi tersebut, dia turut menyaksikan beberapa serangan ke atas kapal dagang, bunyi letupan dari kejauhan serta kelibat pesawat pejuang melintasi ruang udara.

Pada hari pertama renangan, sebuah kapal tangki minyak dilaporkan terkena bedilan projektil kira-kira 4 kilometer  lokasi dia berada. 

Memasuki hari kedua, Pugh menyaksikan api menjulang di sebalik tanjung yang memisahkannya daripada kapal pengangkut gas petroleum cecair (LPG) yang terbakar, Tara Gas.

Perenang berusia 56 tahun itu melakukan renangan sulungnya di zon konflik tersebut bagi menggesa agar konfrontasi segera dihentikan, Selat Hormuz dibuka semula serta tindakan drastik bagi memulihkan kerosakan alam sekitar akibat perang.

Pugh memulakan renangan dari Pulau Musandam, melintasi landskap pergunungan dan teluk kecil di Semenanjung Musandam, Oman serta kawasan hutan paya bakau Iran, sebelum tiba di Tanjung Hormuz, hujung utara semenanjung berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN