fbpx
Gambar hiasan

Kedah, Perak, Sarawak dijangka hujan lebat hingga 12 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kota Setar, Yan dan Kuala Muda di Kedah.

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak,” katanya.

Di Sarawak, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN