Beberapa anggota bomba bertungkus lumus membantu memindahkan penduduk kampung yang terjejas akibat banjir kilat, malam ini. Foto oleh NORLIA RAMLI/KOSMO!

Bukan kepala air, 5 kampung terjejas banjir kilat di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Sekurang-kurangnya lima buah kampung di daerah ini dilanda banjir kilar berikutan hujan lebat berterusan sejak pukul 4 petang tadi.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Charuk Kelian, Kampung Charuk Sikin, Kampung Lata Bayu, Kampung Batu 8 dan Kampung Parit Panjang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, keadaan tersebut turut menyebabkan beberapa laluan jalan raya terputus hubungan berikutan limpahan air, namun begitu paras air dilaporkan mula surut sebelum hujan kembali turun.

“Kira-kira pukul 7.40 malam anggota bomba menerima panggilan kecemasan berhubung seorang kanak-kanak yang terperangkap akibat banjir di Kampung Charuk Kelian, mangsa yang diselamatkan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kejadian di kawasan Lata Bayu pula bukan berpunca kepala air sebaliknya ia berlaku akibat limpahan air susulan taburan hujan yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, satu Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

Limpahan air turut dilaporkan berlaku di jalan raya sekitar Sungai Tembak serta Jalan Asam Jawa, Parit Panjang berhampiran Charok Salang dan operasi penyelamatan masih dilakukan di kawasan yang dilanda banjir kilat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN