SZOBOSZLAI (No.8) meletakkan Liverpool di depan selepas menjaringkan gol seawal minit kelima perlawanan. - LIVERPOOL

EPL: Liverpool, Everton berkongsi satu mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Derbi Merseyside antara Liverpool dan Eveton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hill Dickinson sebentar tadi, kedua-dua pasukan bermain secara terbuka dan menyajikan permainan cukup menghiburkan.

Liverpool yang beraksi sebagai pasukan pelawat mendahului permainan seawal minit kelima menerusi pemain tengah, Dominik Szboszlai yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti.

Tersentak dengan gol awal yang dijaringkan The Reds, Everton kemudiannya mula meningkatkan tempo dan melancarkan serangan ke arah pintu gol Liverpool.

Pada minit ke-25, usaha pasukan tuan rumah membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain pertahanan Liverpool, Jeremie Frimpong tertampan bola ke gawang sendiri.

Selepas kedudukan terikat 1-1, perlawanan bertambah menarik apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tidak ada tambahan jaringan hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan menerapkan corak permainan pantas dan masing-masing hampir beberapa kali untuk menambah jaringan.

Mendapat sokongan penyokong sendiri, Everton dilihat lebih berbahaya apabila memiliki deretan peluang untuk menjaringkan gol kedua, namun dinafikan benteng pertahanan Liverpool.

Memasuki 10 minit terakhir, Kedua-dua pasukan bermain lebih agresif, namun kedudukan seri 1-1 kekal hingga tamat perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN