fbpx
Penjualan durian tanpa tanda harga mengundang rasa kecewa dalam kalangan pembeli. – Gambar hiasan

Luahan pembaca: Durian jual paksa memang senang buat duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Ketika membawa anak ke sebuah sekolah memandu di jalan lama Bangi-Dengkil baru-baru ini saya perhatikan begitu banyak orang menjual durian di tepi jalan.

Berniaga itu bagus untuk mencari rezeki tetapi apa yang membuatkan saya sakit hati ialah ada peniaga malas meletakkan tanda harga.

Mereka seolah-olah memasang perangkap kepada pengguna jalan raya yang terpaksa berhenti untuk bertanya.

Jika sudah berhenti, kita kena beli walaupun tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan kerana kita sudah malu alah sama ada untuk meneruskan perjalanan atau terpaksa membeli walaupun sebiji.

Ada yang meletakkan tanda harga tetapi terlalu kecil dan hanya boleh nampak selepas kita turun kereta atau berhenti.

Ini merupakan paksaan secara halus peniaga licik mendapatkan jualan. Sudah di hujung musim pun masih lagi menggunakan taktik sebegini.

Untung sudah dapat, buah pun sudah tidak banyak. Berniaga biar ikhlas kerana di situ datangnya keberkatan.

Jangan asyik mahu orang datang membeli tetapi hal kecil yang sangat penting itu diabaikan sehingga mendatangkan kemarahan kepada pengguna.

Hantu durian,
Sungai Tangkas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN