fbpx
Mohammad Habiullah (kiri) didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti RM48,249.44 di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

Syarikat, pengarah didakwa gagal bayar cukai Kastam lebih RM48,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN  – Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan konsultan dan pekerjaan serta pengarah syarikatnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 14 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah RM48,249.44, pada tiga tahun lalu.

Syarikat Teraju MHA Group Sdn. Bhd. dan pengarah syarikatnya, Mohammad Habibullah Awang, 43, membuat pengakuan tidak bersalah selepas masing-masing menghadapi tujuh pertuduhan berasingan yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, Teraju MHA Group yang diwakili Mohammad Habibullah selaku orang kena saman (OKS) didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah keseluruhan RM34,463.9.

Syarikat itu juga didakwa gagal membayar penalti bagi tempoh bercukai berjumlah RM13,785.54.  Perbuatan itu didakwa dilakukan di Stesen Kemaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kuala Kemaman di sini, bagi tempoh 1 Mei 2023 hingga 31 Oktober 2024.

Teraju MHA Group yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini  tersebut didakwa mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018
memperuntukkan denda maksimum  RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mohammad Habibullah sebagai pengarah syarikat itu turut berdepan pertuduhan dan hukuman sama.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Mohammad Habibullah dibebaskan dengan wang jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN