fbpx

Polis Sabah buru tahanan lari dari lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tahanan lelaki yang meloloskan diri dari Lokap Berpusat Kepayan pada tengah hari tadi.

KOTA KINABALU – Polis Sabah memburu seorang tahanan yang meloloskan diri dari Lokap Berpusat Kepayan pada tengah hari tadi.

Dalam kejadian sekitar 12.30 tengah hari itu, tahanan dikenali sebagai Nazri Hassan, 33, dipercayai melarikan diri sewaktu diiring anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais berkata, tahanan dipercayai memanjat pintu jeriji lokap menerusi tingkap di ruang senaman.

“Tahanan kemudiannya dipercayai keluar dari bangunan lokap sebelum memanjat pagar luar lokap dan melarikan diri.

“Petugas lokap telah mengejar tetapi gagal menahan lelaki terbabit apabila tahanan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Shahurinain berkata, ketika melarikan diri suspek berpakaian lokap berwarna ungu.

“Suspek sebelum ini direman bermula 10 hingga 18 Disember 2023 atas kesalahan Seksyen 431 A Kanun Keseksaan. Gerakan mengesan tahanan sedang dilaksanakan menerusi Op Tutup dan semua eleman,” katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta orang awam yang memiliki maklumat berkaitan tahanan berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI