GAMBAR menunjukkan pemandangan di bandar pelancongan Antigua, Guatemala. – AFP

Pemandu bas batal perkhidmatan, bimbang nyawa melayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GUATEMALA – Pemandu bas Guatemala menghentikan perkhidmatan ke bandar pelancongan Antigua semalam susulan ugutan bunuh daripada kumpulan-kumpulan penjenayah dan peras ugut.

Empat syarikat bas menyifatkan situasi mereka dalam satu kenyataan bersama sebagai ‘kritikal dan tidak dapat dipertahankan’.

Semua syarikat itu menggantung perkhidmatan ke Antigua dari ibu negara, Bandar Guatemala ‘sampai bila-bila’ dan menuntut agar kerajaan meningkatkan tahap keselamatan.

Dua geng penjenayah rentas negara, Barrio 18 dan Mara Salvatrucha (MS-13)  berleluasa memeras ugut perniagaan dan pengendali pengangkutan di seluruh Guatemala.

Dua kumpulan itu dilabel organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat.

Situasi itu menjejaskan pekerja dan pelajar yang berulang-alik sejauh 40 kilometer dari Antigua untuk bekerja atau belajar.

Pelancong asing terutamanya, menggunakan teksi untuk pergi ke Antigua yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Tahun lalu, Guatemala mencatatkan kadar pembunuhan sebanyak 16.1 bagi setiap 100,000 penduduk, lebih dua kali ganda purata global. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN