Tertuduh-tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

Leftenan, kapten TUDM didakwa edar dadah 96.2 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga orang awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah methamphetime sebesar 96.2 kilogram minggu lalu.

Tiga tertuduh pegawai TUDM itu ialah Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, 33, dan Muhammad Arif Fauzan, 27, manakala seorang berpangkat kapten, 34, iaitu Muhammad Amirul Faisall Rosdin 34,

Sementara tiga tertuduh yang merupakan orang awam ialah Tan Sui Seng, 48, Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28, dan Afifah Amdas, 34.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka dihadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes dadah itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama sebagai orang yang tidak diberi kuasa dalam mana-mana seksyen atau peraturan akta didapati mengedar dadah disyaki jenis Methamphetamine anggara berat 96.2 kilogram (kg).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Foyer Ketibaan Cabang Pergerakan Udara, Pengkalan Udara Subang di sini pukul 6.50 petang pada 17 November lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) Akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazali Omar Mohd. Fairuz Johari dan Nur Amirah Zahari

Tertuduh Amir Ariffudin diwakili peguam-peguam Arif Azmi, Johan Radzi dan Raqib Osman manakala tertuduh Muhammad Arif dan Muhammad Amirul masing-masing diwakili peguam Muhammad Amin Abdullah dan
Alif Ahmad Tarmizi.

Tertuduh Sui Seng pula diwakili peguam Mohd Arif Rafin.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Februari depan bagi tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia dan serahan dokumen.

Semalam media melaporkan enam daripada 13 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset ketenteraan Tentera Udara TUDM akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini

Mereka membabitkan tiga pegawai TUDM dan tiga orang awam yang akan dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata keputusan pertuduhan itu dibuat selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, tujuh lagi suspek yang turut ditahan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Pada 17 November lalu, tujuh anggota dan pegawai TUDM ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan 96.6 kilogram (kg) disyaki dadah di Pangkalan Udara Subang, dekat sini.

Panglima TUDM, Tan Sri Muhamad Norazlan Aris dilaporkan berkata, mereka membabitkan lima pegawai dan dua anggota lain-lain pangkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN