fbpx

[VIDEO] Sempoi, Agong belanja Putera Albert II air cendol warung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Al-Sultan Abdullah dan Putera Albert II menikmati cendol di sebuah gerai di Lanchang, Pahang hari ini.

PETALING JAYA – `Selamba dan ‘sempoi’, demikian pandangan rakyat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila secara bersahaja menikmati cendol bersama Putera Monaco, Putera Albert II di sebuah gerai hari ini.

Video Al-Sultan Abdullah bersama Putera Albert II itu dimuat naik menerusi Instagram Istana Negara yang mana baginda berdua ke gerai Cendol Lily di Lanchang, Pahang.

“Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan singgah menikmati minuman cendol bersama Yang Teramat Mulia Putera Monaco, Putera Albert II di gerai Cendol Lily, Lanchang, Pahang selepas tamat lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,” menurut hantaran itu hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai yang memuji Yang di-Pertuan Agong kerana sikap rendah diri ditonjolkan baginda berkenan menikmati minuman cendol di gerai tersebut.

“Bukan ‘kaleng-kaleng’ dua figura diraja berlainan negara ‘mai’ gerai makan orang ni,” komen Wanny_Azizan95.

“Mengetengahkan budaya cara kita minum cendol,” ujar _y4niik4_y.

“Best lah kalau dapat jumpa kerabat diraja seperti Tuanku ni. Sempoi sangat-sangat macam jumpa keluarga sendiri. Nak nangis tengok sebab baik sangat,” ujar liz_adrisha. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI