fbpx
Makluman pemergian pemain dram Meditasi, Allahyarham Raja Azreen.

Raja Azreen, pemain dram Meditasi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemain dram kumpulan Meditasi, Raja Azreen, yang dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika sedang membuat persembahan di Rock Festival Teruntum di Kuantan, Pahang, malam tadi.

Khabar pemergiannya tersebar di media sosial oleh rakan penggiat seni selain peminat muzik rock turut berkongsi ucapan takziah berita sedih berkenaan.

Vokalis kumpulan Masa Legacy, Zack turut berkongsi perkhabaran sedih tersebut menerusi media sosial.

“Assalamualaikum. Saya mendapat perkhabaran duka bahawa pemain dram kumpulan Meditasi, Abang Azreen, telah kembali ke rahmatullah malam tadi ketika membuat persembahan di Rock Festival Teruntum.

“Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada Allahyarham dan mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarganya,” katanya.

Dimaklumkan, jenazah Allahyarham Raja Azreen dibawa pulang ke Bandar Baru Bangi dan solat jenazah dilaksanakan di Surau Bangi Perdana, Jalan 3/7 BBB.

Sebelum ini, kumpulan Meditasi yang berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang, pernah mencipta nama dalam arena muzik rock tempatan sekitar era 1990-an menerusi beberapa lagu popular seperti Bidadari, Hukuman Pada Pesona dan Biar Pedih Kasih Memanjang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN