fbpx

Askar Myanmar hilang kawalan di sempadan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR-askar MNDAA menguasai sebuah pangkalan tentera dekat bandar Laukkaing, utara negeri Shan, Sabtu lalu. - AFP

YANGON – Tentera Myanmar hilang kawalan ke atas bandar utara yang strategik di sempadan China berikutan beberapa pertempuran dengan tiga kumpulan etnik bersenjata selama beberapa hari, kata jurucakap junta.

Pertempuran berleluasa sejak Jumaat minggu lalu merentasi sebahagian besar negeri Shan di utara Myanmar, di mana sambungan landasan kereta api bernilai berbilion dolar Amerika Syarikat (AS) dirancang di situ. Ia sebahagian daripada projek infrastruktur Inisiatif Jalur dan Laluan China.

Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA), Tentera Arakan (AA) dan Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) berkata, mereka telah merampas beberapa pos tentera dan jalan utama yang menghubungkan Myanmar dengan China, yang merupakan rakan perdagangan terbesarnya.

Pemerintahan, organisasi pentadbiran dan organisasi keselamatan tidak lagi  wujud di bandar Chinshwehaw yang bersempadan dengan wilayah Yunnan China,” kata jurucakap junta, Zaw Min Tun dalam satu kenyataan lewat semalam.

“Pertempuran berlaku di 10 lokasi di seluruh negeri Shan sejak enam hari lalu,” katanya lagi tanpa memberikan butiran lanjut mengenai angka kematian.

Beliau menuduh tiga kumpulan bersenjata meletupkan stesen tenaga, jambatan dan memusnahkan laluan pengangkutan tanpa memberikan butiran lanjut.

China dalam pada itu menyeru supaya gencatan senjata diadakan dengan segera antara pemerintah dengan pihak-pihak penentang tersebut. 

“Beijing mengesa semua pihak untuk segera menghentikan pertempuran,” kata jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin pada taklimat akhbar biasa. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI