fbpx
Kepulan asap tebal naik ke udara selepas helikopter Mi-17 milik Tentera Darat Pakistan terhempas di Kashmir kelmarin. - AFP

Helikopter tentera Pakistan terhempas, semua terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Sebuah helikopter milik Tentera Darat Pakistan terhempas sejurus berlepas, dipercayai akibat kerosakan teknikal, lapor akhbar The Sun UK. 

Helikopter Mi-17 itu terhempas dekat bandar Muzaffarabad di wilayah Kashmir ditadbir Pakistan kelmarin. Semua kru dan penumpangnya terbunuh.

Beberapa saksi berkata, mereka melihat helikopter itu mengalami masalah sebaik berada di ruang udara sebelum terhempas. 

“Pasukan penyelamat bergegas membawa semua mangsa ke hospital berdekatan. 

“Namun, mereka disahkan meninggal dunia,” kata tentera Pakistan tanpa mendedahkan bilangan mangsa. 

Punca nahas masih disiasat.  Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Shehbaz Sharif mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN