fbpx
MOHAMED Khaled ketika meninjau perkembangan projek madu kelulut UMT di PPRT Sedili Kecil, hari ini.

PRN Johor: Undi awal, percaya tentera pilih kestabilan – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​KOTA TINGGI – Barisan Nasional (BN) percaya kira-kira 12,000 anggota tentera yang terlibat dalam pengundian awal di beberapa kem di Johor akan memilih sebuah kerajaan yang stabil dalam undian awal yang berlangsung hari ini.

Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau optimis bahawa golongan pengundi awal dalam kalangan anggota keselamatan ini tidak akan mempersia-siakan undi mereka demi masa depan negara.

​Katanya antara kem yang terlibat dalam proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16  termasuklah Kem Iskandar Mersing, Kem Mahkota Kluang, Kem Segamat, Kem Batu Pahat, Kem Pengerang, Kem Senibong dan Kem Tebrau.

“Saya percaya anggota-anggota tentera utamanya memahami tanggungjawab mereka. Dan saya percaya juga dalam mereka melaksanakan tanggungjawab, pastinya antara perkara yang mereka beri keutamaan ialah soal sumbangan mereka untuk kestabilan.

“Kerana kalau tak ada kestabilan, ia boleh mengganggu mereka menjalankan tugas sebagai anggota tentera yang mempertahankan negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau perkembangan projek madu kelulut UMT di PPRT Sedili Kecil, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, kegagalan mengekalkan kestabilan dibimbangi bakal menjejaskan fokus serta tugas hakiki pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN