fbpx
Gambar menunjukkan pesawat kargo milik K2 Airways. - K2 Airways

Boeing 737 terhempas ditemukan, 5 kru masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Lima kru masih hilang selepas pasukan menyelamat menemukan sebuah pesawat kargo jenis Boeing 737 yang terhempas di luar pantai Pakistan, lapor stesen penyiaran BBC.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Pakistan (PAA) berkata, usaha untuk mengesan kesemua mangsa sedang dilakukan. 

Pesawat milik penerbangan K2 Airways itu dalam perjalanan dari bandar raya Karachi menuju Sharjah di  Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin. 

“Pesawat dikesan menjunam  sebelum terputus hubungan dengan pengawal trafik udara pukul 9.09 malam (waktu tempatan),” kata PAA. 

Selepas pencarian 12 jam melibatkan aset udara dan laut milik Tentera Laut Pakistan, bangkai Boeing 737 tersebut ditemukan lebih 98 kilometer ke  selatan Ormara, sebuah bandar pelabuhan di Laut Arab. 

Ormara terletak kira-kira 360 kilometer dari barat Karachi, lokasi pesawat itu memulakan perjalanannya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN