fbpx
PESAWAT kargo yang membawa lima anak kapal dilaporkan terputus hubungan. -AGENSI

Pesawat kargo K2 Airways hilang di luar pantai Karachi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Pihak berkuasa Pakistan  melancarkan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan sebuah pesawat kargo Boeing yang dilaporkan hilang di luar pantai Karachi, selepas sistem radar menunjukkan pesawat itu “menurun dengan pantas.”

Menurut hantaran Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Pakistan (PAA) di platform X, pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan swasta K2 Airways itu membawa lima orang anak kapal. 

Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menuju ke Karachi sebelum terputus hubungan pada malam Selasa.

“Pesawat itu dilaporkan hilang selepas kru penerbangan memaklumkan mengenai ‘masalah sistem navigasi’,” jelas kenyataan daripada PAA.

Pada jam 9:21 malam (waktu tempatan), pesawat tersebut dikesan pada radar “menurun dengan pantas beserta perubahan arah yang mendadak,” dan hubungan komunikasi terputus kira-kira 155 batu nautika di barat Karachi.

Usaha menyelamat telah diaktifkan dan usaha mencari telah dilancarkan di laut untuk mengesan pesawat yang hilang itu.

Data awal yang dihantar daripada pesawat tersebut “menunjukkan kehilangan altitud, diikuti dengan peningkatan ketinggian, dan kemudian kehilangan altitud kedua yang berlaku secara mengejut dan dramatik,” menurut Flightradar24.com, sebuah perkhidmatan pengesanan penerbangan global. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN