fbpx
Maritim Pulau Pinang melakukan rondaan berhampiran Jambatan Pulau Pinang.

Tiada lagi kaki pancing bawah Jambatan P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kawasan larangan di bawah Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah kini bebas daripada aktiviti memancing, hasil penguatkuasaan dan kempen kesedaran yang dilaksanakan secara berterusan.

Maritim Malaysia Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, hasil rondaan dan pemeriksaan mendapati kawasan yang sebelum ini sering menjadi tumpuan pemancing kini menunjukkan tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan orang ramai serta komuniti maritim.

Menurut kenyataan itu, bagi memastikan keadaan tersebut terus dikekalkan, Maritim Malaysia bersama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Pulau Pinang, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) dan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Berhad melaksanakan Ops Khas Bersepadu di kawasan berkenaan semalam.

Operasi yang diketuai Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain itu melibatkan 35 pegawai dan anggota serta dua aset bot Maritim Malaysia bagi memastikan pematuhan undang-undang di Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL), yang turut diwartakan sebagai Sasaran Penting Negara.

Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai, khususnya nelayan dan pemilik bot, supaya tidak menceroboh kawasan larangan termasuk zon penampan sejauh 250 meter di kiri dan kanan kedua-dua jambatan.

Tambahnya, individu yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN