fbpx
Gambar Hiasan

Hotel di Sepang, Putrajaya dah ‘full booked’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna di media sosial mula kecoh apabila hotel di sekitar Sepang dan Putrajaya mula ‘penuh’ selepas Malaysia sah menjadi tuan rumah kepada Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Oktober ini.

Perkara itu dikongsi oleh beberapa pengguna di aplikasi Threads yang mendakwa kebanyakan hotel sudah menutup tempahan pada tarikh tersebut.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Mike1ros.jpg berkata, keadaaan itu berlaku ia susulan pengumuman Perdana Menteri hari ini.

“Sama-sama hotel lima bintang yang paling dekat dengan Litar Antarabangsa Sepang sudah penuh tempahan untuk tarikh tersebut,” tulisnya.

Difahamkan, GP Bahrain itu dijadualkan berlangsung antara 2 hingga 4 Oktober, seminggu sebelum GP Singapura.

Pada masa sama, rata-rata pengguna lain turut mendakwa hotel sekitar Putrajaya juga sudah tidak menerima tempahan susulan penuh ditempah pada tarikh tersebut.

“Hotel banyak dah penuh tempahan terutamanya yang lima bintang,” komen Samwukong00.

Turut berkongsi keadaan sama adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mshahbak.

“Saat kau ‘posting’ ini hotel semua dah penuh tempahan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Malaysia bersedia menjadi tuan rumah perlumbaan F1 Gulf Air GP Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Anwar berkata, penganjuran perlumbaan berprestij itu mencerminkan kepercayaan dan keyakinan Bahrain, Formula 1 (F1) serta Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) terhadap keupayaan Malaysia.

Perkara itu disahkan Anwar selepas berpeluang berbincang dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN