fbpx
Gambar hiasan.

Jurusolek rugi RM225,020 terperdaya kenalan dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang jurusolek wanita ‘terduduk’ apabila kerugian sebanyak RM225,020 dipercayai diperdaya kenalan dari negara China sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihak polis telah menerima laporan dari mangsa seorang wanita warga tempatan berumur 37 tahun telah ditipu oleh satu individu melalui panggilan telefon.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa telah berkenalan dengan seorang lelaki semasa melancong ke Zhangjiajie, China pada Mac tahun lalu.

“Selepas itu, mangsa berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp sebelum ditawarkan pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan sehingga 17 peratus dalam tempoh lima hari.

“Mangsa kemudiannya diarahkan untuk memuat turun satu aplikasi pelaburan dan dipujuk untuk membuat pelaburan bagi mendapatkan keuntungan.

“Akibat mempercayai tawaran tersebut, pengadu telah membuat 11 transaksi ke sembilan akaun bank berlainan dalam tempoh Mac hingga Jun 2026 melibatkan jumlah keseluruhan RM225,020,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Raiz, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila gagal menerima pulangan yang dijanjikan dan aplikasi berkenaan tidak lagi dapat di akses.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dimana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan juga dikenakan denda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN