fbpx
Fadil mendengar penerangan daripada pihak UNHCR mengenai pelarian etnik Rohingya.

Semua pelarian Rohingya miliki dokumen sah, UNHCR ambil tindakan lanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesemua pelarian etnik Rohingya yang diambil tindakan selepas berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), semalam didapati memiliki dokumen sah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ia susulan hasil proses dokumentasi yang dijalankan di perkarangan Dataran Wira Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Polis telah memindahkan seramai 113 pelarian dengan pecahan seorang lelaki Iraq, seorang wanita Somalia dan seorang wanita Indonesia yang merupakan isteri kepada lelaki Rohingya.

“Pemindahan pelarian Rohingya membabitkan 36 lelaki, wanita (21) serta kanak-kanak lelaki (31) dan perempuan (22),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, mereka dipindahkan ke IPK Kuala Lumpur bersama wakil pejabat UNHCR sekitar pukul 8.50 malam semalam.

Katanya, tindakan dokumentasi ke atas pelarian telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur (JSJN) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur (JKA).

“Kesemua warga Rohingya ditempatkan sementara di Dataran Wira IPK Kuala Lumpur.

“Setakat ini, pihak UNHCR sedang berusaha mengambil tindakan lanjut ke atas komuniti pelarian yang ada pada hari ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN