fbpx
Tiga suspek ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen palsu berkaitan pembekalan makanan pakej perkahwinan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Tiga ditahan disyaki kemuka dokumen palsu pakej kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seramai tiga individu termasuk bekas pengurus syarikat produk sejuk beku Terengganu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen palsu membabitkan tuntutan berjumlah RM51,000.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd. Roslan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Seorang suspek lelaki ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini, manakala dua lagi suspek wanita diteman selama tiga hari.

Sumber berkata, siasatan awal percayai ketiga-tiga suspek tersebut bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan makanan pakej perkahwinan.

“Perbuatan itu dilakukan pada Mei dan Jun 2023 melibatkan tiga transaksi pemindahan wang ke akaun bank syarikat dan dua akaun bank peribadi suspek terlibat,” katanya hari ini.

Ketiga-tiga mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di sini pada pukul 2 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Yazid yang dihubungi berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN