fbpx
DEMI orang tua, Xie meredah banjir dengan menggunakan tayar yang dijadikan pelampung. - XIE

Lelaki berenang 3 jam redah banjir jenguk ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang lelaki sanggup berenang  tiga jam di dalam banjir besar untuk memeriksa keadaan ibu bapanya di sebuah kampung terpencil dalam tindakan yang menyentuh perasaan jutaan rakyat China, lapor agensi berita South China Morning Post.

Banjir besar di wilayah autonomi Guangxi Zhuang, selatan China berpunca daripada hujan lebat luar biasa dan insiden empangan pecah, baru-baru ini.

Lelaki berumur 30 tahun hanya dikenali sebagai Xie itu berkata, pada malam sebelum kejadian, ibunya menelefon dan memberitahu bahawa bapanya keluar untuk menyelamatkan padi yang dituai sebelum ini. 

Bagaimanapun, bapanya masih belum pulang, menyebabkan ibunya sangat bimbang.

Kampung mereka ketika itu sudah pun dilanda banjir, dengan rumah-rumah ditenggelami air hingga  tingkat satu. 

Hujan yang semakin lebat turut menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Akibat gagal menghubungi ibu bapanya selepas itu, Xie mengakui dia tidak dapat melelapkan mata kerana bimbang bapanya yang berusia 63 tahun mungkin dihanyutkan oleh arus banjir.

Xie bersama seorang rakannya mengambil keputusan nekad membeli dua biji tayar lori baharu di bandar untuk dijadikan pelampung.

Mereka kemudian meredah banjir selama tiga jam, termasuk mengharungi tempoh satu jam yang amat sukar untuk melepasi satu kilometer terakhir sebelum tiba di rumah orang tuanya, kira-kira 10 kilometer dari bandar.

Difahamkan, keluarga Xie memiliki dua buah rumah di kampung tersebut. 

Rumah yang menempatkan hasil padi mereka dinaiki air, manakala sebuah lagi rumah yang terletak di kawasan bukit terselamat daripada banjir.

Dia menemukan bapanya di rumah pertama dengan dua beranak itu melakukan perjalanan melalui laluan berbukit dan sampai di rumah kedua beberapa jam kemudian.

Ibu Xie sangat gembira melihat mereka selamat.

Klip video pengalaman dan aksi lelaki itu tular di internet sebelum dipadamkan kerana dianggap aski berbahaya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN