fbpx
Sebahagian tulang dan daging beruang yang dirampas dalam serbuan di ladang durian di Kampung Mia, Kuala Krai semalam. FOTO IHSAN POLIS

6 warga Myanmar terlibat kegiatan buru beruang secara haram dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Enam warga Myanmar termasuk dua wanita dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan memburu beruang secara haram di kawasan ladang durian seluas 24 hektar di Kampung Mia di sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 6 pagi menerusi Op Bersepadu/Op Khazanah itu menjumpai dua orang bayi masing-masing lelaki dan perempuan berusia 55 hari dan setahun yang dipercayai anak kepada suspek yang ditahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan warga Myanmar yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 35 tahun.

Katanya, siasatan mendapati, warga asing itu aktif menjalankan kegiatan memburu haiwan liar terutamanya beruang sejak dua tahun lalu.

“Salah seorang suspek dikatakan mengunakan senapang angin buatan sendiri sepanjang tempoh itu manakala suspek lain hanya menjalankan kegiatan memburu secara berkala antara empat hingga lima kali di kawasan hutan.

“Selaras senapang angin dan dua bilah lembing yang dipercayai digunakan untuk memburu haiwan liar di kawasan hutan dirampas dalam serbuan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mazlan memberitahu, selain itu, polis turut merampas enam kuku, 12 taring, tujuh tulang dan satu tong dipercayai berisi daging beruang dan kesemua barangan yang dirampas dihantar ke makmal tindakan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN