fbpx

Tarik nafas lega jika OPR kekal 3 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penganalisis menjangkakan pengumuman kadar OPR yang bakal dikekalkan bakal melegakan banyak pihak. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai khususnya yang memiliki pembiayaan berasaskan kadar apungan bakal menarik nafas lega apabila beberapa penganalisis tempatan meramalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada kadar tiga peratus.

Esok BNM dijadualkan mengeluarkan Pernyataan Dasar Monetari ke-6, yang juga yang terakhir tahun ini.

Penganalisis ekonomi berpandangan bahawa tiada sebarang keperluan bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan lagi kadar tersebut.

Jika kadar tersebut dinaikkan oleh bank pusat, sekali gus jumlah pembayaran pinjaman bulanan akan turut meningkat dan ini akan menjejaskan lagi bajet bulanan serta menambah beban kepada sara hidup yang terus bertambah kini.

Ketua Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar OPR  bakal dikekalkan pada paras tiga peratus.

“Kadar inflasi yang semakin merosot menandakan bahawa tiada keperluan untuk menaikkan OPR lagi.

“Selain itu, faktor ekonomi lua­ran yang dilihat tidak menentu, boleh menjejaskan perdagangan antarabangsa.

“Malaysia sebagai sebuah negara kecil dan terbuka kepada perdagangan serta aliran modal, sudah pasti akan mendapat kesan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pandangan tersebut turut dikongsi dan dipersetujui oleh Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.

“Kadar inflasi masih rendah sekitar dua peratus dan pertumbuhan ekonomi tempatan masih perlahan antara alasan untuk mengunjurkan bahawa kadar OPR diumumkan tidak berubah Khamis ini,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI