fbpx

Norish Karman, anak, berhentilah perang dengan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CERITA tentang Norish Karman dan anak-anaknya seperti tidak berkesudahan. Setiap hari, pasti ada sahaja isu berbangkit mengenai mereka.
Jika pada awalnya, ramai simpati, sekarang semakin dibenci pula dalam media sosial.
Sudahlah dituduh penipu dan menunggang isu kesusahan, sekarang Norish serta anak perempuannya, Manda dilihat saling berbalah pula dengan netizen.
Memang niat mereka nak mempertahankan maruah yang dipijak-pijak tetapi perbalahan dan komen balas tidak membawa ke mana-mana pun.
Tiada guna berbalah dengan netizen sehingga ada kenyataan Norish menyalahkan media kerana mengambil kenyataannya dalam media sosial.
Sepatutnya diam sahaja dan nikmati semua rezeki yang hadir. Jangan sampai rakyat Malaysia boikot, sebab kuasa boikot sangat menakutkan zaman sekarang.

DIVA: Selalunya rasa simpati hanya bertahan sehari dua, kalau masuk seminggu, naik menyampah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN