fbpx
Kenderaan yang dipercayai membawa Mohd Zafir tiba di pekarangan Istana Hinggap pukul 11.48 malam tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

SUK Negeri Sembilan tiba di Istana Hinggap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Penantian lebih 50 pengamal media yang berkampung di pekarangan Istana Hinggap di sini sejak pukul 10 malam tadi akhirnya sedikit terjawab apabila kenderaan rasmi yang dipercayai membawa Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim tiba di pekarangan istana pada pukul 11.48 malam.

Kehadiran beliau yang memasuki kawasan istana dengan kawalan keselamatan menarik perhatian petugas media yang sejak awal lagi menunggu sebarang perkembangan susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Difahamkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di dalam Istana Hinggap bagi menghadiri pertemuan bersama kepimpinan negeri, namun sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

Suasana di luar Istana Hinggap kekal terkawal dengan petugas media terus berkampung bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung pertemuan yang sedang berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN