fbpx
Ramlan mengumumkan gabungan BN dan PN memenangi PRN Negeri Sembilan Ke-16 di Wisma Persekutuan di Seremban pukul 12.15 tengah malam ini.

SPR umum BN-PN menang PRN Negeri Sembilan Ke-16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini secara rasmi mengumumkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memenangi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, BN memperoleh 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PN memenangi tujuh kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi.

Menurut Ramlan, pada PRN Negeri Sembilan Ke-16 ini, seramai 646,084 atau 72.64 peratus telah keluar mengundi.

Beliau berkata, jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa yang telah mengundi.

“Secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung pada 1 Ogos 2026 dan pengundi-pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

“Pada PRN Negeri Sembilan Ke-16 juga tidak berlaku sebarang perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pilihan raya. Dalam melaksanakan urusan pilihan raya, SPR sentiasa mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar SPR di Wisma Persekutuan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN