fbpx

Siapa pelapis Aznil Haji Nawawi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEHEBATAN Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil sebagai pengacara memang sukar dinafikan.

Sudah puluhan tahun mewarnai dunia penyiaran, pengacara tersohor itu masih kekal bertenaga, tajam dan menghiburkan setiap kali muncul dalam program televisyen. Dari program hiburan hingga bual bicara, sentuhannya kemas, spontan dan penuh karisma.

Disebabkan itu, kecoh dalam media sosial, ramai mula berbincang siapakah figura layak menjadi pelapis.

“Saya tak tahu siapa boleh ganti Pak Nil. Bila tengok sendiri dia hos siaran langsung, tenaga, lontaran suara dan emosi memang padu. Umur dah mencecah 60-an pun masih on!” tulis seorang netizen.

Diva akui, pengacara baharu memang ramai, namun mencari pengendali program dengan kelas, disiplin dan aura seperti Aznil memang bukan semudah memetik bintang di langit.

Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan baik untuk menceriakan industri.

DIVA: Takutnya tengok penyanyi lelaki sekarang berbedak mengalahkan artis perempuan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN