MALAM ini menjadi penentu, siapakah dalam kalangan enam otai ini akan pulang membawa trofi kejuaraan Kilauan Emas Selebriti 2026.

Otai mana bakal juara Kilauan Emas Selebriti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUJUH minggu berjuang, akhirnya perjuangan peserta program Kilauan Emas 2026 (KES26) tiba di penghujung hari ini.

Mungkin bukan satu program yang berprestij tetapi cukup untuk menyerlahkan bakat terpendam selebriti senior tanah air dalam bidang nyanyian.

Iyalah, siapa saja yang tahu Zila Bakarin mampu menyanyi dengan baik seperti penyanyi hebat tanah air lain.

Kemudian Datuk Jalaludin Hassan dan Datuk Tamimi Siregar juga berjaya memukau ramai dengan suara ‘jantan’ mereka setiap minggu.

Malam ini, antara Tamimi, Jalaludin, Zila, Amyza Aznan, Rahhim Omar dan Fazlina Ahmad Daud, siapa yang bakal bergelar juara KES26?

Harap selepas pertandingan ini nanti, mereka diberi peluang buat single sendiri. Manalah tahu meletup?

DIVA: Kenapa ramai penyanyi tempatan takut nak keluarkan album penuh?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN