TERLETAK kira-kira satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kini semakin dikenali sebagai destinasi percutian alternatif. Daerah itu menawarkan ketenangan, makanan tradisional serta pengalaman gaya hidup kampung yang autentik. Destinasi itu bukan sahaja menjadi persinggahan, malah mula menarik perhatian pelancong yang mencari pengalaman ‘healing’ jauh dari kesibukan bandar. Dengan suasana pekan kecil yang masih mengekalkan identiti tradisional, Kuala Pilah menawarkan gabungan unik antara alam semula jadi, budaya Minangkabau dan gaya hidup santai. Pengunjung yang berkunjung bukan……














