fbpx
Anthony Loke ketika menegaskan pendirian DAP dalam sidang media bersama kepimpinan PH Negeri Sembilan di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini, hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

DAP tolak kerajaan ‘tebuk atap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – DAP menegaskan pendirian mereka untuk menolak sebarang amalan ‘tebuk atap’ yang boleh menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri dan kekal komited bersama persetujuan politik terdahulu.

Ketua DAP Negeri, Anthony Loke Siew Fook berkata, kesemua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP termasuknya akan tetap memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas sebagai Menteri Besar seperti yang dinasihatkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, sebentar tadi.

“Pendirian kita jelas, kita telah mengadakan mesyuarat tergempar sebentar tadi dan semua ADUN DAP menyatakan sokongan berterusan dan penuh kepada Datuk Seri (Aminuddin) untuk terus memangku jawatan Menteri Besar.

“Bagi kita kedudukan beliau sebagai Menteri Besar kekal sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Itu pendirian kita… yang paling penting kelangsungan kerajaan negeri mesti dipertahankan dan pentadbiran mesti dijalankan seperti biasa supaya kemajuan pembangunan dan juga segala perancangan dapat diteruskan.

“Kita tidak akan menyokong mana-mana usaha Kerajaan Tebuk Atap, no backdoor government. Kita tidak akan menyokong mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang,” katanya dalam sidang media bersama kepimpinan PH Negeri Sembilan di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN