fbpx
CALON PH, Nor Azman Mohamad menyantuni penduduk ketika berkempen di sekitar Sikamat.

Pengundi muda mahu PH kekal di Sikamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pengundi muda ya­kin Pakatan Harapan (PH) dapat mempertahankan Dewan Un­dangan Negeri (DUN) Sikamat berdasarkan prestasi pemba­ngu­nan pesat di kawasan tersebut yang kini tumbuh bagaikan cen­dawan selepas hujan.

Muhammad Nur Iqbal Rudi, 22, berkata, sebagai pengundi muda dia melihat Sikamat berubah hampir 360 darjah sejak ditadbir oleh Datuk Seri Aminuddin Harun pada 2018 hingga 2026.

“Perubahan besar dilakukan Tok Min (Aminuddin) adalah an­taranya semakin banyak pe­ruma­han baharu dibina dengan harga mampu milik.

“Selain itu, pelbagai kemudahan termasuk pasar raya besar, kedai serbaneka dan kedai kopi jenama terkenal membuka rangkaian di sini yang memudahkan ak­ses penduduk setempat tanpa perlu keluar dari Sikamat,” ­katanya.

Iqbal yang merupakan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) turut berharap, calon yang diberi mandat oleh rakyat dapat menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara percuma di Sikamat untuk kemudahan mahasiswa.

“Mahasiswa dan pelajar sekolah boleh melakukan tugasan dengan mudah di pusat ICT yang menyediakan Wi-Fi atau rangkaian internet yang baik tanpa perlu menanggung sebarang kos,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad Nur Iqbal berkata, pengundi mu­da termasuk yang merantau dan sedang melanjutkan pelajaran di tempat lain pastinya akan menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini terutama sekiranya dipertimbangkan bantuan dari segi kos pengangkutan oleh pemimpin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN