fbpx
UNTUK kekal sihat, berkeyakinan dan menjaga penampilan setiap kali beraksi dalam televisyen, Faezah Elai mengakui hanya mengamalkan kaedah intermittent fasting (IF) untuk mengekalkan berat badannya.

‘Kekal 43kg, saya amalkan IF sejak zaman purba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kekal dengan berat badan sekitar 43 kilogram sejak zaman anak dara sehingga beranak tiga, pelakon Faezah Elai mendedahkan amalan yang dilakukannya secara konsisten adalah kaedah Intermittent Fasting (IF) atau menyusun pemakanan dan puasa secara berjadual.

Pemilik nama penuh Noor Faezah Md Elai, 43, itu berkata, dia sudah lama mengamalkan kaedah tersebut dan mengakui pada awalnya agak sukar untuk mengikutinya.

“Berat saya sekarang adalah 43 kg. Saya amalkan IF sejak zaman ‘purba’ lagi, ketika saya anak dara.

“Saya sudah terbiasa dengan IF dan memang saya buat perlahan-lahan,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Katanya, dia memilih untuk mengamalkan kaedah tersebut kerana mahu menjaga kesihatan ditambah pula rutinnya sebagai seorang ibu yang menuntut tubuh badan sihat.

“Saya seorang ibu, jadi badan memang perlu sentiasa sihat.

“Sebagai seorang pelakon, saya juga jaga penampilan setiap kali muncul dalam televisyen sebab selalunya akan nampak sedikit berisi berbanding saiz sebenar.

“Kalau orang jumpa saya di luar, mereka akan kata saya kecil dan halus tetapi dalam TV nampak tiga kali lebih besar,” jelasnya.

Untuk rekod, Faezah merupakan isteri kepada isteri kepada pengarah Heykal Hanifah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN