MERCEDES-Benz mengukuhkan kedudukan dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak premium menerusi pengenalan model terkini GLA, jentera yang berdasarkan sejarah menjadi titik permulaan kepada SUV kompak jenama Jerman ini. Sejak kemunculan generasi pertama pada 2014, GLA yang dibangunkan berasaskan platform hatchback telah dipertingkat dengan karakter SUV yang lebih versatil dan praktikal. GLA 250 4MATIC edisi ‘Nightfall’ yang dilancarkan pada Mac lalu kini tampil sebagai antara varian yang paling seimbang menggabungkan prestasi dan gaya dalam satu pakej dengan harga RM295,888 atas……














