fbpx
Orlando Universal di Florida

5 taman tema terbesar di dunia, No.1 sebesar San Francisco!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMAN tema menampilkan pelbagai tarikan seperti permainan, pesta, karnival, pameran, pertunjukan, kawasan membeli-belah dan pusat peranginan.

Tempat ini menjadi sumber imaginasi kreatif, fantasi, keseronokan dan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan. Setiap taman tema menampilkan keunikan tersendiri seperti mengetengah budaya, aksi, filem dan watak-watak yang menjadi pujaan ramai.

Oleh itu, tidak hairanlah taman-taman tema ini menarik berjuta orang untuk mencipta kenangan dan mengikuti peluang pengembaraan menakjubkan. Taman tema lazimnya mempunyai ruang yang luas kerana menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti.

Pada minggu ini CitaRasa kongsikan lima taman tema terbesar di dunia seperti dilaporkan oleh Rethinking The Future.

1- Walt Disney World Resort

DI tangga pertama ialah Walt Disney World Resort di Florida, Amerika Syarikat. Saiz taman tema ini sebesar San Francisco dengan keluasan 25,000 ekar (10,117 hektar). Ia begitu besar sehingga mempunyai rangkaian bas persendirian dan tempat letak kereta terbesar dunia. Taman ini menggaji lebih 70,000 orang di satu lokasi tapak.

Ia juga mempunyai empat taman tema berbeza Hollywood Studios, Magic Kingdom, Animal Kingdom dan Epcot. Ia turut mempunyai dua taman air iaitu Blizzard Beach dan Typhoon Lagoon serta pusat beli-belah Disney Springs.

Di sini juga ada senarai panjang aktiviti permainan (ride) seperti Space Mountain, Pirates of the Caribbean, Avatar’s Flight of Passage dan Tower Terror. Taman tema ini juga mempunyai penginapan terbaik di Istana Cinderella yang boleh memuatkan sehingga enam orang. Tetamu yang bermalam dipilih secara rawak oleh pihak taman setiap hari.

2- Disneyland Paris

SETERUSNYA, Disneyland Paris terdiri daripada dua taman tema iaitu Disneyland Park dan Walt Disney Studios Park. Di taman tema ini juga terdapat Disney Nature Resorts, kawasan beli-belah, padang golf dengan kemudahan rekreasi dan hiburan tambahan.

Ia mempunyai akses kepada kira-kira 4,900 ekar tanah (1,982 hektar) dengan hanya separuh daripadanya telah dibangunkan. Terletak di Marne-la-Vallée, Paris, taman tema ini dibangunkan pada 12 April 1992.
Kira-kira 320 juta orang melawat taman tema ini sepanjang tahun, menjadikannya taman tema yang paling banyak dikunjungi di Eropah.

3- Shanghai Disneyland, China

KETIGA ialah Shanghai Disneyland, China. Keluasan tapaknya mencecah sekitar 1,000 ekar (404 hektar). Ia mempunyai salah satu istana terbesar iaitu Istana Buku Cerita Ajaib yang merupakan satu kemestian untuk dikunjungi.

Selain itu, tunggangan ‘TRON Lightcycle Power Run’ tidak kurang hebatnya, ia menggunakan tempat duduk motosikal untuk membuatkan orang ramai berasa realistik seolah menunggang motosikal. Bagi pengunjung yang mahu mengalami penerbangan melintasi Tembok Besar China boleh mencuba menaiki Soaring over the Horizon Ride.

4- Orlando Universal, Florida

MENDUDUKI tangga keempat pula adalah Orlando Universal yang meliputi keluasan taman tema melebihi 500 ekar tanah (202 hektar). Orlando Universal dianggap sebagai salah satu taman pengembaraan utama di dunia. Seseorang pasti teruja untuk bertemu dengan bintang-bintang Marvel di sini bersama-sama dengan Hogwarts Express, Volcano Bay dan tunggangan Revenge of the Mummy.

Selain itu, ia juga terkenal dengan Dunia Harry Potter (The Wizarding World of Harry Potter) dan roller-coaster mendebarkan seperti Hulk Coaster serta tunggangan seperti filem Transformers & Jurassic Park
Kebanyakan permainan di sini mesra keluarga seperti tunggangan Simpsons. Ia juga mempunyai banyak pilihan tempat penginapan dengan pelbagai kemewahan.

5- Tokyo Disneyland Resort, Jepun

KELIMA ialah Tokyo Disneyland Resort yang terletak di Jepun. Ia merupakan pengembangan pertama Disneyland ke pasaran asing (Asia) yang dibuka pada tahun 1983. Keluasannya berkembang sehingga 500 ekar (202 hektar).

Reka bentuk tempat ini merupakan gabungan sempurna masyarakat Jepun dan Amerika yang memberikan penontonnya sedikit kelainan budaya. Ia terkenal dengan barangan unik dan comel. Tunggangan yang paling popular ialah Pooh’s Hunny Hunt. Tunggangan lain termasuk Monsters, Inc. Ride and Go Seek dan lain-lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN