fbpx

Polis buru lelaki curi dompet di kedai pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV seorang lelaki dipercayai mencuri dompet di premis menjual pakaian di pusat beli belah Paradigm Mall, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah mencuri dompet di premis menjual pakaian di sebuah pusat beli-belah, di Tampoi, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.47 malam, Isnin lalu.

“Siasatan dibuat mendapati kejadian berkenaan berlaku pada pukul 4.30 petang, Ahad lalu dan polis sedang giat memburu suspek yang masih bebas ketika ini. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, Balveer Singh memohon pihak awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat di talian 012-7614880.

Sementara itu, menurut satu perbualan di laman WhatsApp dipercayai pemilik premis, wang tunai yang dicuri dianggarkan sebanyak RM4,000 yang merujuk hasil jualan premis perniagaan berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI