fbpx

Setiap organisasi ATM perlu mantapkan pengurusan, hentikan kejadian buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Hasan ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Taman Tuanku Jaafar Ke-26 di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Setiap organisasi dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memantapkan pengurusan masing-masing bagi memastikan insiden dan budaya buli dalam perkidmatan itu dihentikan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tidak dinafikan insiden buli berlaku di mana-mana organisasi namun bagi yang mempunyai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlanggaraan disiplin, tindakan selaras dengan kesalahan yang dilakukan mesti diambil.

“Jika didapati pelanggaran perkhidmatan itu jelas dilakukan oleh mereka yang terlibat, pihak perkhidmatan akan mengambil apa juga tindakan selaras dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

“Ada sampai tahap yang boleh dibuang kerja jika didapati kes yang mereka lakukan itu benar-benar melanggar SOP perkhidmatan. Seperti saya katakan, SOP ada, undang-undang ada tetapi perlanggaran ada berlaku.

“Nasihat saya kepada yang terlibat dan berhasrat untuk jadi pembuli supaya hentikan, tumpukan kepada untuk menambah nilai kerja dan kalau tentera untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tuanku Jaafar Ke-26 di sini hari ini.

Mengulas mengenai kejadian terbaharu iaitu insiden pukul membabitkan pelatih tentera darat di sebuah kem tentera di Port Dickson, Mohamad memaklumkan belum menerima maklumat mengenainya dan menyerahkan siasatan kepada pihak perkhidmatan tentera darat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI