fbpx
GAMBAR HIASAN

Insiden bedilan mortar: Malbatt 850-13 selamat, tahap keselamatan dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota Malaysian Battalion 850-13 (Malbatt 850-13) yang sedang bertugas di Selatan Lubnan selamat dan tidak terjejas susulan insiden bedilan mortar.

Menerusi satu kenyataan Markas Angkatan Tentera berkata, kejadian tersebut berlaku di di kawasan UNP 7-2 Spanish Battalion (SpanBatt) Sektor Timur pada Rabu lalu itu telah mengakibatkan tiga anggota pengaman SPANBATT cedera.

Jelas kenyataan itu, salah seorang daripadanya disahkan terkorban pada pukul 4 pagi semalam.

“ATM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga perwira SPANBATT yang gugur dan mendoakan kesembuhan segera buat anggota yang tercedera.

“ATM menegaskan pendirian mutlak bahawa sebarang bentuk serangan, termasuk tembakan tidak langsung (indirect fire) ke atas pasukan pengaman, adalah satu pencabulan serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC),” kata kenyataan itu.

Tambah Markas Angkatan Tentera, sebagai tindak balas taktikal terhadap perkembangan itu, profil keselamatan dan perlindungan pangkalan bagi kontinjen MALBATT 850-13 telah ditingkatkan serta-merta ke tahap amaran tertinggi (Status Level Red).

“Seluruh pergerakan rondaan telah digantung sementara waktu. Pasukan kini beroperasi di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Rules of Engagement (ROE) pertahanan yang paling ketat seperti yang digariskan oleh Markas UNIFIL.

“ATM, melalui Markas Angkatan Bersama (MK AB), memantau situasi operasi secara berterusan bagi menjamin tahap keselamatan tertinggi buat setiap perajurit negara yang sedang menggalas mandat di zon konflik,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN