fbpx

Perhimpunan Hari Pekerja, pelancaran Gerakan Rakyat disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video berhubung perhimpunan Hari Pekerja yang berlangsung di hadapan Bangunan Maju Junction, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis membuka dua kertas siasatan berhubung Perhimpunan 1 Mei dan sidang akhbar gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang berlangsung di ibu negara, hari ini.

Perhimpunan tersebut dilakukan di hadapan Bangunan Maju Junction dengan berarak melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak ke Jalan Leboh Ampang (Belakang Bangunan South Tower) dan di Kompleks SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya terkesan dua perhimpunan yang berlangsung serentak bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Katanya, dua perhimpunan tersebut didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada.

“Hasil daripada pemerhatian, didapati sekitar 200 orang menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Bangunan Maju Junction manakala kira-kira 30 orang menyertai perhimpunan di hadapan Kompleks SOGO.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Dellhan, penganjur bagi kedua-dua perhimpunan tersebut akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai dinasihati supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

“Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, satu perarakan diadakan ibu negara sempena Hari Pekerja yang membawa tema ‘Gaji Bermaruah, Jaminan Makanan’ membabitkan kumpulan masyarakat, kesatuan sekerja dan parti politik progresif.

Turut sama, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melancarkan Gerakan Rakyat berhubung ketidakpuasan hati terhadap Perdana Menteri, di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI