fbpx

Bajet 2023 ibu bapa paling mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa perlu berbelanja dengan bijak agar kewangan keluarga berada dalam keadaan baik. - Gambar hiasan

Awal tahun lalu murid dan pelajar sekolah telah menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 tanpa mengira latar belakang pendapatan ibu bapa.

Kiranya bantuan itu adalah yang pertama kali diterima secara terus dan tunai oleh golongan T20, M40 dan sebahagian B40.

Jika dihitung, keluarga yang mempunyai seramai lima orang anak, mereka akan menerima RM750, manakala jika mempunyai dua anak, jumlah yang diterima adalah RM300.
RM750 dan RM300 sebenarnya jumlah itu besar untuk perbelanjaan anak-anak sekolah.

Penulis telah membeli dua pasang baju sekolah menengah di kedai bukan ‘kayangan’ berharga RM105 dan selebihnya diguna untuk beg sekolah.

Kali ini ibu bapa cuma perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk kasut sekolah sahaja.

Syukur alhamdulillah, walaupun ada yang nampak RM150 itu kecil tetapi dalam keadaan barang serba-serbi mahal bantuan itu sangat-sangat membantu.

Jangan lupa bulan ini dan bulan depan adalah ‘belanjawan’ yang paling mencabar untuk ibu bapa.

Pertama kali bulan puasa dan buka sekolah bertembung, hanya beza tiga hari sahaja. Sekolah dibuka 20 Mac, manakala puasa dijangka 23 Mac ini.

Selain kelengkapan peralatan ke sekolah jangan lupa ada juga beberapa bayaran lain yang perlu disediakan oleh ibu bapa iaitu buku tulis, alat tulis, yuran ke sekolah agama, transit dan van sekolah.

Itu tidak termasuk lagi kelengkapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, kebiasaannya ibu bapa sudah membeli semua itu apabila masuk bulan Ramadan.

Namun lain pula halnya pada tahun ini, Ramadan tahun ini kita sibuk dengan baju sekolah.

Selesai anak masuk sekolah barulah kita fikirkan pada gaji seterusnya untuk membeli persalinan bagi menyambut Aidilfitri. Semua itu memang mencabar terutama yang ada anak ramai, itu adalah belanjawan 2023 sebenar bapa yang bergelar perdana menteri dalam keluarga itu.

Jangan lupa duit raya nanti kena tukar juga paling kurang RM300, belanja hendak balik kampung beraya dan sebagainya. Pertimbangan itu perlu dibuat dengan teliti agar lepas Syawal tiada yang pokai guna duit raya anak pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI